Pages

Sunday, December 18, 2016

INFO PROGRAM 30 HARI NOW EVERYONE CAN KURUS (NECK)

Assalamualaikum,

Hi, apa khabar?

Nama saya MOHD FIRDAUS. Saya adalah pengasas program NOW EVERYONE CAN KURUS (NECK). 

Apa Itu Program Now Everyone Can Kurus (NECK)?

Program NECK adalah satu program menurunkan berat badan yang dijalankan secara ONLINE 100%.

Matlamat program ini adalah untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia menurunkan berat badan dengan cara yang mudah, praktikal dan terbukti berkesan dalam tempoh sepantas 30 HARI!!


Mekanisma Perlaksanaan Program NECK

Semua para peserta akan dimasukkan ke dalam satu Telegram Group NECK dan mereka akan dibimbing oleh seorang COACH yang sudah berpengalaman dalam membantu ribuan peserta menurunkan berat badan.


Dalam group ini, para peserta akan diajar cara untuk menurunkan berat badan menggunakan Formula Mudah M.E.S.T.I Kurus.

Kita akan ajar cara pengambilan makanan dengan betul kepada para peserta. 


Mereka akan diajar apa yang boleh dimakan, apa yang perlu dikurangkan dan apa yang perlu dijauhkan.

Kita akan ajar cara bagaimana untuk membetulkan emosi agar mereka kekal bersemangat untuk menurunkan berat badan.

Program ini akan berjalan selama 30 HARI. 


MENGAPA 30 HARI?

Sebab kita percaya, nak turunkan berat badan perlukan MASA. Kita tak gemuk dalam seminggu. In fact, kita ambil masa berbulan bulan bahkan bertahun tahun untuk gemuk.

So, jangan expect kita akan kurus dalam tempoh 1-2 minggu.

Pada awal penubuhan program NECK pada Feb 2015, kami menjalankan program selama 100 HARI. 

Selepas 1 tahun, kami berjaya improve formula yang kami gunakan, dan program NECK dipendekkan menjadi 60 HARI. 

Dan kini selepas 2 tahun, kami telah menjumpai formula yang PALING BERKESAN dan anda boleh menurunkan berat badan hanya dalam 30 HARI!! 

Dalam tempoh 30 hari ini, para peserta akan diuli, dicanai dan dimasukkan ke dalam minda mereka gaya hidup yang sihat.

Kita bukan nak mereka sekadar kurus untuk tempoh 30 hari, tetapi kita nak para peserta KURUS DAN SIHAT SEPANJANG HAYAT.

Selain itu, kita juga akan mengajar para peserta untuk membuat senaman yang High Impact.

Maksudnya, buat sedikit tapi memberi kesan yang sangat besar kepada para peserta.

So.. Tak perlulah para peserta membuang terlalu banyak masa untuk membuat senaman yang tiada impak maksima. 

Dengan teknik yang betul, InsyaAllah, result penurunan akan nampak seawal minggu kedua.




Turun 4kg dalam tempoh 2 minggu


Penurunan antara 4kg-6kg dalam tempoh 2 minggu

Berdasarkan pengalaman kami, para peserta yang komited akan turun sekitar 5kg-8kg dalam tempoh 30 hari.

Selepas itu, para peserta boleh menggunakan ilmu yang telah dikongsikan untuk terus kekalkan gaya hidup yang sihat dan meneruskan proses penurunan berat badan secara persendirian.

Malah, ada peserta yang berjaya turun sehingga 20kg dalam tempoh 60 hari dan 30kg dalam tempoh 100 hari.

Walau bagaimana pun, result penurunan ini bergantung tahap komitmen yang diberikan oleh para peserta dengan ilmu ilmu yang dikongsikan.

SEJARAH PENUBUHAN PROGRAM NECK

Kisahnya begini, dahulu saya GEMUK. 

Saya dah cuba bermacam macam cara untuk kurus tetapi GAGAL.


Saya dah habis ribuan ringgit membeli produk itu dan ini untuk kurus, tapi hanya duit yang LEBUR

Lemak-lemak saya masih 'melekat' dengan saya.


Berat ideal saya adalah 69kg, tetapi berat saya naik sehingga 80kg tanpa saya sedar.



Saya yang dahulu bukanlah saya yang sekarang.

Ini gambar saya ketika berat 80kg. 

Akhirnya, saya nekad untuk turunkan berat badan. Saya jumpa seorang Coach untuk guide saya turunkan berat badan dengan cara yang betul. 

Saya ajak kawan kawan saya join sekali. Kami dibimbing melalui Whatsapp Group sahaja.

Ketika tu, ada 3 perkara yang Coach tekankan kepada kami:

i. Jangan fikir nak KURUS. Tapi fikir nak SIHAT. Sebab bila sihat, terpaksa KURUS.

ii. Fokus kepada penjagaan makanan sebab ia mempengaruhi 70% - 80% dalam proses menurunkan berat badan.

iii. Ambil nutrisi yang sempurna dalam pemakanan dan amalkan gaya hidup yang sihat.

Resultnya sangat amazing. Dalam tempoh 30 hari, saya dah berjaya ubah fizikal saya seperti di bawah ini.



Selepas 1 bulan.


Ini pula apa yang berlaku kepada saya selepas 100 hari. Perubahan yang sangat memberangsangkan.


Perubahan pada kawan saya Din.



Perubahan pada Faisza



Perubahan pada Seha

Selepas kejayaan kami dalam pilot project ini, saya cuba untuk try formula ini dengan orang lain. 

Saya nak tengok, adakah formula yang saya gunakan sebelum ini betul-betul berkesan.

Alhamdulillah, ternyata teknik yang digunakan berjaya bantu seorang lagi sahabat saya untuk kurus.




Sakinah berjaya turunkan 19kg menggunakan ilmu yang saya kongsikan. 

Alhamdulillah, selepas yakin bahawa teknik dan formula yang saya gunakan ini betul-betul berkesan, maka kami melancarkan Program NECK BATCH 1 pada 1 FEB 2015.

Kami berharap program NECK ini dapat membantu lebih ramai orang di seluruh Malaysia dan di mana-mana saja mereka berada untuk menurunkan berat dengan cara yang SIHAT, MUDAH dan BERKESAN. 


KELEBIHAN PROGRAM NECK

1) WAJIB MAKAN NASI SETIAP HARI  

Berbanding dengan cara kurus yang lain, para peserta NECK diwajibkan makan nasi setiap hari.

Ya!!! Wajib pulak tu. Siapa yang tak makan kena 'denda'.



Nasi Tak Bersalah. Yang salah adalah orang yang makan nasi. Bila makan tanpa ilmu, itulah punca mengapa ramai orang berbadan besar hari ini.

2) WAJIB MAKAN 5 KALI SEHARI

Ya 5 kali sehari. Jangan terkejut. Ramai orang salah faham. Orang ingat nak kurus tak boleh makan. 


Sebenarnya, nak kurus kena KERAP makan. Kita akan kongsikan cara makan yang betul.


Dalam program ini, kami bukan makan sekali, dua kali, tiga kali atau empat kali sehari. Tapi kami makan 5 kali sehari. Amcam? Best tak...

3) FORMULA MUDAH M.E.S.T.I KURUS

Kita akan ajar para peserta untuk mengira KALORI yang diperlukan oleh badan mereka. 


So, semua orang akan makan mengikut kalori yang badan mereka PERLUKAN.

4) KURUS DARI RUMAH - TAK PERLU KE GYM / KELUAR RUMAH

Majoriti peserta NECK adalah mereka yang sangat sibuk dan tiada masa nak ke gym atau bersenam di luar rumah. 


Samada mereka sibuk bekerja di ofis, atau sibuk sebagai surirumah menguruskan keluarga setiap hari. 

Kita ajar peserta untuk bersenam 100% dari rumah.

Para peserta akan diajar dengan High Impact Training melalui video-video senaman bertaraf antarabangsa.


5) KURUS DARI RUMAH - TAK PERLU KE KELAS / SEMINAR

Semua coaching NECK dijalankan secara ONLINE melalui Telegram Group.

So, jangan risau, di mana saja anda berada di seluruh dunia, anda boleh join Program NECK. 


Sebelum ini kita sudah menerima peserta dari USA, Dubai dan Brunei. 


Peserta dari Brunei. Berjaya turunkan 11.5kg.

TESTIMONI KEJAYAAN PESERTA NECK

Sejujurnya, kita ada terlalu banyak testimoni peserta program NECK terdahulu. Mereka semua menggunakan ilmu yang diajar sepanjang mereka bersama NECK.

Result penurunan berat badan mereka sangat sangat AMAZING.  

Kami pihak penganjur sendiri rasa macam teruja dengan kejayaan mereka. 

Yang paling penting, mereka telah berjaya TRANSFORM diri mereka ke arah kesihatan yang lebih baik. 




Ustazah Sharizar dari Sarawak. Turun lebih 15kg dalam 100 hari.


Kak Tun, Ibu anak 8 pun mampu turunkan berat badan.



Abang Jamil. Berjaya 'melahirkan' anak. Hehe.. Perut buncit dah makin hilang.




Saddam berjaya turun 28kg.



Abang Zaimi berjaya turunkan 22kg.


Shima. Turunkan 10kg.  

Yang lelaki semuanya makin handsome. Yang perempuan semuanya makin cantik...

RAHSIA KEJAYAAN PESERTA NECK

Jika anda tanya saya, apakah rahsia kejayaan mereka?

Sejujurnya saya jawab mereka menurunkan berat badan dengan cara yang betul. 

Anda pernah dengar orang turun berat 10kg, then tiba tiba berat naik balik 15kg. Yang naik lagi tinggi dari yang turun.

Inilah yang akan berlaku kalau kita turunkan berat badan tanpa ilmu.

Sebenarnya, ini adalah rahsia kejayaan mereka dalam NECK. Saya tidak berhasrat untuk merahsiakan apa yang mereka lakukan.

1) ADA MENTOR

Ternyata, bila ada MENTOR, para peserta NECK tak perlu lagi "langgar dinding" kalau nak kurus. 

Coach NECK akan kongsikan cara pemakanan dan cara senaman dengan betul sepanjang 30 hari anda bersama NECK.


2) JAGA PEMAKANAN

Para peserta DIWAJIBKAN MAKAN 5 KALI SEHARI. Wajib makan nasi setiap hari. Cuma, mereka diajar cara makan dengan betul. 


Mereka diminta untuk update pemakanan mereka di Telegram Group sepanjang bersama NECK. Di sini, mereka akan terus ditegur jika tersalah makan.

Bila seorang peserta buat kesalahan, ia terus dipelajari oleh peserta lain.

Kan best bila ada orang guide kita cara makan dengan betul.

Kami juga akan beri kepada peserta Ebook 300 Menu Makanan Sihat yang mereka boleh contohi. 


3) BUAT SENAMAN

Ramai orang cakap mereka tiada masa bersenam, tapi dalam NECK kita ajar mereka untuk 'beri' masa. 

Kita akan berikan mereka video senaman oleh coach bertaraf antarabangsa yang menekankan konsep HIIT Training. 

Yang paling penting, buat senaman yang sikit tapi beri impak yang MAKSIMA.

4) KONSEP KURUS BERJEMAAH

Untuk pengetahuan anda, dalam NECK mereka tak buat keseorangan. In fact, mereka buat secara BERJEMAAH. 

Mereka yang dalam satu kumpulan akan 'push' antara satu sama lain.

Masing masing memberi motivasi sesama mereka.

Alhamdulillah, semangat mereka semakin membara dan mereka bersaing secara sihat dalam program ini. 

Bersaing untuk hidup lebih sihat dan jadi lebih kurus serta slim.




Kepentingan Kurus Berjemaah

5) SUPLEMEN SEBAGAI NUTRISI TAMBAHAN

Ya, Semua peserta NECK wajib ambil suplemen.

Ingat yer, SUPLEMEN BUKANLAH UBAT KURUS.

Tapi suplemen membekalkan kita nutrisi seperti Vitamins dan Minerals yang badan kita perlukan setiap hari, tapi kita kurang dapat dari pemakanan biasa seharian. 

Kita cadangkan peserta NECK untuk ambil suplemen sebab kita tahu adakalanya mereka tak boleh beri komitmen yang penuh untuk jaga pemakanan dan bersenam.

Maka suplemen membantu membekalkan NUTRISI yang terbaik untuk membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan secara SEMULAJADI.


6) KEKAL BERMOTIVASI

Setiap hari di dalam Group Telegram NECK, akan ada info, tips, motivasi, dan kisah kejayaan peserta peserta NECK yang terdahulu. 

Mereka mula yakin dan percaya yang mereka juga akan berjaya.

Dengan cara ini, mereka terus bersemangat untuk kekal kurus dan sihat.

Even mereka tak pernah bersua muka dengan kami pihak penganjur, kami rasa seperti satu keluarga. 

Kami seperti adik beradik yang sentiasa membantu sesama sendiri.

Inilah antara rahsia kejayaan para peserta NECK sebelum ini.

ANDA DAH BERSEDIA UNTUK MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA KISAH KEJAYAAN NECK? 

Jemput baca info selanjutnya di sini:-



KENAPA SAYA AMBIL SUPLEMEN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya Mohd Firdaus, Pengasas Program NOW EVERYONE CAN KURUS (NECK). 

Jemput tonton video ini:-




Sebelum ni tentu anda dah baca kisah sejarah bagaimana saya boleh jadi GEMUK dan kemudian berjaya turunkan berat badan dengan cara yang SIHAT. 

Kemudian saya berjaya pula bantu ramai kawan-kawan saya yang lain untuk sama-sama KURUS + SIHAT, sehinggalah saya melancarkan program NECK sejak Februari 2015. 

Jika anda belum tahu kisah saya dan tentang program NECK, anda boleh baca di sini: 

(Sila Click)




PENGALAMAN SAYA NAK KURUS 



Semasa saya jumpa Coach saya dulu, awal-awal lagi dia dah bagi tahu saya yang saya kena jaga pemakanan. 

Bukan dia pesan yang biasa-biasa. Tapi dia pesan,

"Firdaus, ko kena ingat.. Jaga makan ok.. JAGA MAKAN... Bab ni ramai yang failed."

Untuk program penurunan berat badan saya ini, Coach itu sendiri suruh saya ambil suplemen. Dia cakap,

"Aku nak ko ambil suplemen. Aku tak nak ko failed kali ni. The moment ko start program kurus ni. Aku nak ko kurus dan sihat. Aku tak nak ko  sangkut sangkut kat tengah jalan."

"Ko dengar ajer cakap aku. Aku dah 7 tahun trained orang untuk kurus."

"Aku nak kau ingat. Matlamat ko sekarang bukan untuk kurus. Tapi aku nak ko tetapkan matlamat untuk sihat. Sebab bila ko sihat, Insya Allah ko terpaksa kurus."

Waktu itu, saya tak berapa faham apa yang coach cakapkan.

Tapi... Sebagai anak murid yang baik. Saya tak nak lawan cakap mentor. Saya ikut saja.

Tak guna saya lawan cakap mentor yang dah betul-betul berpengalaman. Siapalah saya nak 'berhujah' dengan beliau.

CABARAN DALAM MENURUNKAN BERAT BADAN

Dulu, sepanjang proses nak turunkan berat badan, saya berhadapan dengan pelbagai cabaran.

Anda setuju tak, antara syarat penting untuk turunkan berat badan adalah mempunyai KEKUATAN MENTAL yang tinggi. 


Bila emosi dan motivasi yang tinggi, barulah boleh berjuang untuk JAGA PEMAKANAN dan diberi kekuatan untuk KONSISTEN BERSENAM

A. JAGA PEMAKANAN

Secara teorinya, kalau nak kurus, kita WAJIB jaga pemakanan yang sihat. Semua orang pasti setuju dengan statement ni. 

Coach saya juga suruh saya kurangkan 5 perkara ini dalam pemakanan harian :

1) Berminyak Dan Bergoreng
2) Makanan Diproses
3) Bersantan
4) Bergula
5) Bergaram

Secara TEORI nampak macam mudah untuk jauhkan semua makanan di atas.

Tapi secara REALITI, setiap hari saya berhadapan dengan 5 jenis makanan di atas ni. Everywhere and anywhere.

Seminggu saya cuba untuk bertahan, saya berjaya. 

Namun, pada minggu kedua cabaran mula mendatang.

Cuba anda bayangkan kita yang 'gemuk' ni biasanya akan makan apa saja yang kita teringin. Kita dah tak fikir apa-apa dah kan.

Tapi... Cuba bayangkan kita mesti teringin nak makan itu dan ini selepas tempoh 10-20 hari. 

Anda tak percaya?

Anda cuba sendiri.

Kebanyakan orang yang gemuk ni NAFSU MAKAN mereka besar. 

Ya, mungkin tak semua, tapi KEBANYAKAN nya begitu, termasuklah saya. 

Dan itulah antara faktor utama kebanyakan mereka jadi gemuk dan semakin gemuk.

Kehidupan kita di Malaysia ni juga, bukan senang nak menjauhi 5 jenis makanan di atas ini. 

Ia dah jadi macam 'kewajipan' pulak dalam hidangan setiap hari. Kalau tak ada, macam tak sempurna makanan itu.

Contohnya, Coach saya pesan jauhi makan bergoreng.

Soalan saya, berapa lama saya boleh 'bertahan'? 

Secara logiknya saya nak tanya anda, boleh kah anda makan 100% makanan yang direbus setiap hari?

Cuba jawab dengan jujur. Sebelum ini saya dah cuba makan makanan yang direbus 100%. Saya bertahan 7 hari sahaja. 

Piramid Makanan. 

Anda setuju tak dengan saya, kebanyakan orang di Malaysia, yang patut kita makan sikit itulah yang kita makan banyak. 

Dan yang perlu kita makan banyak itulah yang kita jarang makan dengan cukup.

Kalau tengok list yang kat atas tu, antara makanan yang termasuk dalam golongan tu yang saya suka makan suatu ketika dulu:

Ais krim, Milo, Teh, Kopi, Nescafe, KFC, Pizza Hut, Mc Donald, Burger, Telur, Ayam Goreng, Nasi Goreng, Murtabak, Kentang Goreng, Roti Canai, Minuman Bergas dan lain lain lagi.

Tapi kalau dilihat pada senarai yang perlu banyak makan, tak pula banyak dalam makanan harian kita, antaranya :

Bijirin, Sayur, Buah.

Ok... Di atas ni teori.

Tapi hakikatnya, anda betul-betul yakin anda boleh kawal pemakanan macam ni setiap hari sepanjang tempoh menurunkan berat badan?

Saya dah lalui benda ni, kalau setakat 10 hari ramai orang boleh tahan lagi. 

Masalahnya kita tak akan kurus kalau sekadar makan macam ni selama 10 hari. 

Nak gemuk pun ambil masa berbulan-bulan dan bertahun-tahun.

Takkan kita nak kurus dalam 10 hari kan. 

Please be fair to your body.


2) KONSISTEN BERSENAM


Anda pernah dengar kita perlu bersenam selama 30 minit 3 kali seminggu? 

Agak-agak kalau kita yang dah ter'gemuk' ni sekadar bersenam 30 minit dan 3 kali seminggu kita boleh kurus cepat tak? Hmm...

Pengalaman saya masa nak kurus dulu, mula-mula saya memang bersemangat untuk bersenam, siap beli kasut jogging baru lagi. Punyalah semangat nak kurus.

Dalam hati waktu itu, "Aku mesti bersenam setiap hari 1 jam."

Impian punyalah tinggi. 

Namun perlaksaaannya 'Hampeh'.

Saya tak mampu pun nak bersenam secara konsisten setiap hari selama 1 jam. Memang tak mampu pun. 

In fact, ada hari yang saya tak bersenam langsung pun.

Itu saya. Seorang yang bekerja sendiri dan sebenarnya ada masa untuk atur nak bersenam.

Cuba anda bayangkan, majoriti rakyat Malaysia yang sibuk bekerja kemudian mereka nak bersenam setiap hari. 

Sejujurnya, ramai orang tak mampu nak bersenam setiap hari disebabkan kekangan masa. 

Ya lah... Anda pun tahukan, ekonomi di Malaysia sekarang ni tak menentu. 

Ada yang terpaksa bekerja keras siang dan malam untuk mencari duit lebih. Mana ada masa nak bersenam hari-hari. Makan pulak tak menentu. 'Ngap' saja apa yang cepat dan mudah. 

Sebab itulah makin hari makin ramai yang bertambah 'bambam' dan kemudian tak kurus-kurus pun. 

Sekarang... Anda faham antara TEORI vs REALITI untuk menurunkan berat badan? 

Teorinya MUDAH. 
Realitinya SUSAH.

SAYA TAK NAK GAGAL LAGI!!

Masa saya nak turunkan berat badan hari tu, saya dah tekad. 

Saya nak buat kali ini dan saya tak mahu gagal lagi.

Saya tak mahu buat separuh jalan.

Coach saya ada pesan,

"Salah satu faktor ramai orang give up adalah sebab mereka turun berat sedikit walaupun mereka rasa mereka dah jaga makan dan dah bersenam."

Bila dua tiga kali gagal turunkan berat badan, otak seseorang itu akan mula menerima kenyataan bahawa dia memang dah ditakdirkan untuk gemuk selamanya. 

Itu lah yang sangat berbahaya.

Sebab itulah, bila saya mulakan proses penurunan berat badan, saya ambil SUPLEMEN

Saya tahu, ia bukan faktor utama untuk saya kurus. 

SUPLEMEN MEMBANTU MELENGKAPKAN NUTRISI HARIAN, MENJAGA KESIHATAN DAN MEMPERCEPATKAN PROSES PENURUNAN BERAT BADAN SAYA.  


APA SUPLEMEN YANG SAYA AMBIL?

Saya menggunakan produk SHAKLEE kerana saya yakin ia adalah jenama suplemen yang telah terbukti SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI sejak 60 TAHUN lalu, dan semestinya HALAL. 


Saya menggunakan suplemen yang menekan 4 konsep iaitu:- 

1) BAKAR
2) BUANG
3) BINA
4) BERTENAGA


Konsep BAKAR-BINA-BUANG-BERTENAGA yang lengkap untuk menjaga kesihatan dan membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan saya. 

1) BAKAR : MENYINGKIR LEMAK

Kita semua tahu, kita gemuk sebab kita ada banyak lemak. 

Ada dua perkara yang kita perlu buat untuk menghilangkan lemak-lemak ini. 

1) MEMECAHKAN lemak dari makanan yang kita baru makan supaya ia tidak melekat pada salur darah. Jangan biarkan ia meresap ke dalam badan.

2) MEMBAKAR lemak yang sedia ada dalam badan. 

Untuk buat benda ini, kita WAJIB BERSENAM

Jika kita bersenam setiap hari, barulah banyak lemak yang akan dibakar dan disingkirkan dari badan. 

Lepas itu, kita mesti ELAK makan makanan yang BERMINYAK DAN BERGORENG.

Teorinya macam tu lah.

Realitinya.. Anda yakin anda boleh buat senaman setiap hari dan elak makan makanan yang berminyak sepanjang masa?

Sebab itulah saya awal awal lagi angkat tangan surrender. 

Saya tahu saya boleh bersenam. Tapi saya tak yakin saya boleh konsisten bersenam setiap hari. 

Say tak yakin saya boleh kawal pemakanan saya secara konsisten setiap hari. Adakalanya, mesti saya terbabas.

Sebab itulah saya ambil suplemen OMEGAGUARD dan LECITHIN.


LECITHIN dan OMEGAGUARD membantu memecah dan menyingkirkan lemak dalam badan kita.

Lecithin memecah dan menyebabkan lemak terapung dalam darah dan mencegah lemak dari melekat pada dinding membran. Ia akan memudahkan lemak ini disingkirkan.


Omegaguard pula diperbuat dari minyak ikan tulen. Ia berperanan menyingkirkan lemak dalam badan dengan lebih berkesan. 

Selain itu, suplemen ini membantu menjaga kadar KOLESTEROL dalam badan dan menjaga KESIHATAN JANTUNG. 


2) BUANG (DETOKS) : MEMBERSIH TOKSIN DALAM BADAN

Saya sedar, kalau nak kurus saya mesti bersihkan toksin dari USUS dan DARAH saya dahulu. 

Kalau usus saya kotor dan 'darah' saya bertoksin disebabkan gaya pemakanan saya sebelum ini, saya akan lambat kurus nanti walaupun dah jaga pemakanan.


Cuba bezakan, usus yang kotor dan usus yang bersih.

Cuba anda bayangkan, apa akan jadi kalau longkang di tepi rumah kita tak dicuci? Mestilah ia akan berbau busuk.

Itulah yang terjadi dalam usus kita yang kotor. 

Sejujurnya, kebanyakan usus kita tidak pernah dicuci. Ia berkeladak dan sangat kotor. 

Kesannya, apabila kita makan makanan yang sihat, nutrisi tidak akan boleh diserap ke dalam usus kecil dan seterusnya tidak sampai ke seluruh tubuh badan kita. 

Apatah jika kita ada masalah sembelit yang teruk. Memang banyak toksin yang tertinggal dalam usus. 

Kesannya, semua nutrisi apa yang kita makan tidak diserap dan akan terus dibuang melalui najis.

Rugi tak? Kita dah makan makanan yang berkhasiat, tapi segala vitamin dan zat mineral terkeluar dari badan. 

Bila usus dah bersih, barulah semua nutrisi ini memberi kesan positif kepada tubuh badan kita. 

Macam mana nak detoks ini secara semulajadi?


Anda boleh ambil banyak makanan jenis ini untuk detoks secara natural. 


Anda juga boleh potong buah buahan ini menjadi kecil dan rendam semalaman sebelum minum esok pagi.


Atau blend dengan air dan minum macam ni.

TEORI nya, inilah cara yang anda boleh gunakan untuk detoks secara natural.

Tapi... Disebabkan kesibukan anda terutama yang bekerja, saya pasti, anda tak akan mampu buat macam ni setiap hari lebih dari seminggu. 

Lepas itu, anda akan give up sebab proses penyediaan yang renyah dan memakan masa. 

Anda faham kan maksud saya ini?

Anda tak akan mampu sediakan minuman sebegini untuk anda buat air detoks natural setiap hari melainkan ada pembantu yang sediakan untuk anda.

Untuk memudahkan proses detoks, saya ambil suplemen ini:-


Saya ambil HERBLAX untuk detoks usus dan ALFAFA untuk detoks darah.


3) BINA : SEL DAN OTOT

Dalam badan kita, kita ada OTOT (muscle) dan juga LEMAK (fat). 

Kalau lemak banyak kita akan gemuk. 

Kalau otot banyak badan kita jadi firm, metabolisme badan akan meningkat dan lebih banyak kalori akan terbakar secara automatik dalam badan kita.

So.. Matlamat kita mudah. 

Macam mana kita nak banyakkan otot dalam badan?



Cara Pertama : Ambil banyak makanan yang bersumberkan PROTEIN seperti ayam, daging, ikan, telur, susu, kacang. Masalahnya, kebanyakan sumber protein ini adalah TINGGI KOLESTEROL. 



Cara Kedua : Buat SENAMAN PEMBERAT yang banyak menggunakan kekuatan seperti angkat berat, dumbell, bar bell dan senaman di gym. Masalahnya tak semua orang mampu nak konsisten buat senaman ini setiap hari. 

Ini teorinya.

Kalau anda kurus tapi anda TAK BINA OTOT semasa tempoh turunkan berat badan, akan ada 2 kesan :

1) Metabolisme jadi rendah. So, nanti BERAT BADAN MUDAH NAIK BALIK dengan cepat. 

Anda pernah tengok orang yang diet dan senaman gila-gila, turun berat 5kg, tapi lepas dia tak jaga makan dan tak bersenam, berat dia naik 10kg. Anda pernah tengok?

Ha.. Inilah kesnya bila turun berat tapi tak bina otot.

2) Bila kurus, badan akan jadi MENGGELEBER dan muka nampak CENGKUNG

Kesannya, orang akan nampak anda macam KURUS + SAKIT, dan badan langsung tak firm.

Anda nak ke jadi kurus dan nampak sakit?

Memang tak lah kan..

Ingat tak pesanan Coach saya di awal tadi. 

"Matlamat kita adalah nak sihat. Kalau kita sihat, nanti kita terpaksa kurus".

Jadi untuk bina otot, saya ambil suplemen ini :


ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) dan CINCH SHAKE yang mempunyai kandungan PROTEIN TANPA KOLESTEROL. Ia membantu membina sel dan otot dalam badan kita semasa menurunakan berat badan.


Semasa kita berdiet dan bersenam, otot kita juga akan terbakar. Jadi, ESP dan CINCH SHAKE merupakan SUMBER PROTEIN akan menghalang kehilangan otot, membina otot seterusnya meningkatkan metabolisme badan kita.

Maka, ia dapat mengelak kita dari kesan berat seperti yo-yo.

Hasilnya, kita akan jadi KURUS + FIRM

Malah ramai peserta NECK beri feedback yang KULIT SEMAKIN CANTIK dan jadi AWET MUDA, sebab sel-sel kulit dan otot badan lebih sihat. 

Jangan risau, ESP dan CINCH SHAKE ini rendah Glisemic Index (GI), jadi sangat sesuai untuk pesakit DIABETES juga. 

4) BERTENAGA : SIHAT DAN CERGAS!

Untuk berjaya turunkan berat dengan cepat, kita masih perlu amalkan senaman sebagai gaya hidup sihat. 

Berdasarkan pengalaman kami, ramai orang yang obes, mereka sering rasa LETIH dan KURANG BERTENAGA. Saya pun dulu macam tu juga. 

Kalau dah penat kerja, memang rasa nak tidur jer lah lepas tu. Nak bersenam memang rasa malas. 

Jadi untuk mengatasi masalah ini, kita perlukan suplemen yang membantu membekalkan tenaga dengan cepat setiap hari. 


VITA-LEA MULTIVITAMIN dan CINCH TEA sebagai suplemen yang membantu bekalkan tenaga dengan cepat. Barulah rasa segar sentiasa dan mudah nak bersenam kan. So dah takde alasan yer untuk tak larat nak bersenam.  

CINCH TEA juga sesuai menggantikan kopi dan teh yang biasa kita minum setiap hari.


KONSEP BAKAR - BUANG - BINA - BERTENAGA


Kesimpulannya, kalau anda fahami semula, untuk turunkan berat badan kita perlu melalui proses ini. 

Bersihkan usus, keluarkan toksin dari badan, amalkan pemakanan sihat, bakar dan buang lemak, bina otot, dan pastikan badan cergas bertenaga supaya mampu buat senaman yang sesuai. 

InsyaAllah, jika anda mampu amalkan semua ini, anda akan berjaya mendapat badan yang SLIM + SIHAT + FIT.

Ini lah suplemen yang saya dan ribuan peserta NECK sebelum ini telah amalkan, dan telah TERBUKTI SELAMAT dan BERKESAN. 

Jangan risau, kos suplemen ini adalah MAMPU MILIK, dan ia adalah PELABURAN untuk memelihara KESIHATAN anda yang pasti tidak ternilai mahal harganya. 

Anda TELAH BERSEDIA untuk menyertai NECK? 

Jom baca syarat penyertaan di sini:-