Sunday, December 18, 2016

KENAPA SAYA AMBIL SUPLEMEN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya Mohd Firdaus, Pengasas Program NOW EVERYONE CAN KURUS (NECK). 

Jemput tonton video ini:-




Sebelum ni tentu anda dah baca kisah sejarah bagaimana saya boleh jadi GEMUK dan kemudian berjaya turunkan berat badan dengan cara yang SIHAT. 

Kemudian saya berjaya pula bantu ramai kawan-kawan saya yang lain untuk sama-sama KURUS + SIHAT, sehinggalah saya melancarkan program NECK sejak Februari 2015. 

Jika anda belum tahu kisah saya dan tentang program NECK, anda boleh baca di sini: 

(Sila Click)




PENGALAMAN SAYA NAK KURUS 



Semasa saya jumpa Coach saya dulu, awal-awal lagi dia dah bagi tahu saya yang saya kena jaga pemakanan. 

Bukan dia pesan yang biasa-biasa. Tapi dia pesan,

"Firdaus, ko kena ingat.. Jaga makan ok.. JAGA MAKAN... Bab ni ramai yang failed."

Untuk program penurunan berat badan saya ini, Coach itu sendiri suruh saya ambil suplemen. Dia cakap,

"Aku nak ko ambil suplemen. Aku tak nak ko failed kali ni. The moment ko start program kurus ni. Aku nak ko kurus dan sihat. Aku tak nak ko  sangkut sangkut kat tengah jalan."

"Ko dengar ajer cakap aku. Aku dah 7 tahun trained orang untuk kurus."

"Aku nak kau ingat. Matlamat ko sekarang bukan untuk kurus. Tapi aku nak ko tetapkan matlamat untuk sihat. Sebab bila ko sihat, Insya Allah ko terpaksa kurus."

Waktu itu, saya tak berapa faham apa yang coach cakapkan.

Tapi... Sebagai anak murid yang baik. Saya tak nak lawan cakap mentor. Saya ikut saja.

Tak guna saya lawan cakap mentor yang dah betul-betul berpengalaman. Siapalah saya nak 'berhujah' dengan beliau.

CABARAN DALAM MENURUNKAN BERAT BADAN

Dulu, sepanjang proses nak turunkan berat badan, saya berhadapan dengan pelbagai cabaran.

Anda setuju tak, antara syarat penting untuk turunkan berat badan adalah mempunyai KEKUATAN MENTAL yang tinggi. 


Bila emosi dan motivasi yang tinggi, barulah boleh berjuang untuk JAGA PEMAKANAN dan diberi kekuatan untuk KONSISTEN BERSENAM

A. JAGA PEMAKANAN

Secara teorinya, kalau nak kurus, kita WAJIB jaga pemakanan yang sihat. Semua orang pasti setuju dengan statement ni. 

Coach saya juga suruh saya kurangkan 5 perkara ini dalam pemakanan harian :

1) Berminyak Dan Bergoreng
2) Makanan Diproses
3) Bersantan
4) Bergula
5) Bergaram

Secara TEORI nampak macam mudah untuk jauhkan semua makanan di atas.

Tapi secara REALITI, setiap hari saya berhadapan dengan 5 jenis makanan di atas ni. Everywhere and anywhere.

Seminggu saya cuba untuk bertahan, saya berjaya. 

Namun, pada minggu kedua cabaran mula mendatang.

Cuba anda bayangkan kita yang 'gemuk' ni biasanya akan makan apa saja yang kita teringin. Kita dah tak fikir apa-apa dah kan.

Tapi... Cuba bayangkan kita mesti teringin nak makan itu dan ini selepas tempoh 10-20 hari. 

Anda tak percaya?

Anda cuba sendiri.

Kebanyakan orang yang gemuk ni NAFSU MAKAN mereka besar. 

Ya, mungkin tak semua, tapi KEBANYAKAN nya begitu, termasuklah saya. 

Dan itulah antara faktor utama kebanyakan mereka jadi gemuk dan semakin gemuk.

Kehidupan kita di Malaysia ni juga, bukan senang nak menjauhi 5 jenis makanan di atas ini. 

Ia dah jadi macam 'kewajipan' pulak dalam hidangan setiap hari. Kalau tak ada, macam tak sempurna makanan itu.

Contohnya, Coach saya pesan jauhi makan bergoreng.

Soalan saya, berapa lama saya boleh 'bertahan'? 

Secara logiknya saya nak tanya anda, boleh kah anda makan 100% makanan yang direbus setiap hari?

Cuba jawab dengan jujur. Sebelum ini saya dah cuba makan makanan yang direbus 100%. Saya bertahan 7 hari sahaja. 

Piramid Makanan. 

Anda setuju tak dengan saya, kebanyakan orang di Malaysia, yang patut kita makan sikit itulah yang kita makan banyak. 

Dan yang perlu kita makan banyak itulah yang kita jarang makan dengan cukup.

Kalau tengok list yang kat atas tu, antara makanan yang termasuk dalam golongan tu yang saya suka makan suatu ketika dulu:

Ais krim, Milo, Teh, Kopi, Nescafe, KFC, Pizza Hut, Mc Donald, Burger, Telur, Ayam Goreng, Nasi Goreng, Murtabak, Kentang Goreng, Roti Canai, Minuman Bergas dan lain lain lagi.

Tapi kalau dilihat pada senarai yang perlu banyak makan, tak pula banyak dalam makanan harian kita, antaranya :

Bijirin, Sayur, Buah.

Ok... Di atas ni teori.

Tapi hakikatnya, anda betul-betul yakin anda boleh kawal pemakanan macam ni setiap hari sepanjang tempoh menurunkan berat badan?

Saya dah lalui benda ni, kalau setakat 10 hari ramai orang boleh tahan lagi. 

Masalahnya kita tak akan kurus kalau sekadar makan macam ni selama 10 hari. 

Nak gemuk pun ambil masa berbulan-bulan dan bertahun-tahun.

Takkan kita nak kurus dalam 10 hari kan. 

Please be fair to your body.


2) KONSISTEN BERSENAM


Anda pernah dengar kita perlu bersenam selama 30 minit 3 kali seminggu? 

Agak-agak kalau kita yang dah ter'gemuk' ni sekadar bersenam 30 minit dan 3 kali seminggu kita boleh kurus cepat tak? Hmm...

Pengalaman saya masa nak kurus dulu, mula-mula saya memang bersemangat untuk bersenam, siap beli kasut jogging baru lagi. Punyalah semangat nak kurus.

Dalam hati waktu itu, "Aku mesti bersenam setiap hari 1 jam."

Impian punyalah tinggi. 

Namun perlaksaaannya 'Hampeh'.

Saya tak mampu pun nak bersenam secara konsisten setiap hari selama 1 jam. Memang tak mampu pun. 

In fact, ada hari yang saya tak bersenam langsung pun.

Itu saya. Seorang yang bekerja sendiri dan sebenarnya ada masa untuk atur nak bersenam.

Cuba anda bayangkan, majoriti rakyat Malaysia yang sibuk bekerja kemudian mereka nak bersenam setiap hari. 

Sejujurnya, ramai orang tak mampu nak bersenam setiap hari disebabkan kekangan masa. 

Ya lah... Anda pun tahukan, ekonomi di Malaysia sekarang ni tak menentu. 

Ada yang terpaksa bekerja keras siang dan malam untuk mencari duit lebih. Mana ada masa nak bersenam hari-hari. Makan pulak tak menentu. 'Ngap' saja apa yang cepat dan mudah. 

Sebab itulah makin hari makin ramai yang bertambah 'bambam' dan kemudian tak kurus-kurus pun. 

Sekarang... Anda faham antara TEORI vs REALITI untuk menurunkan berat badan? 

Teorinya MUDAH. 
Realitinya SUSAH.

SAYA TAK NAK GAGAL LAGI!!

Masa saya nak turunkan berat badan hari tu, saya dah tekad. 

Saya nak buat kali ini dan saya tak mahu gagal lagi.

Saya tak mahu buat separuh jalan.

Coach saya ada pesan,

"Salah satu faktor ramai orang give up adalah sebab mereka turun berat sedikit walaupun mereka rasa mereka dah jaga makan dan dah bersenam."

Bila dua tiga kali gagal turunkan berat badan, otak seseorang itu akan mula menerima kenyataan bahawa dia memang dah ditakdirkan untuk gemuk selamanya. 

Itu lah yang sangat berbahaya.

Sebab itulah, bila saya mulakan proses penurunan berat badan, saya ambil SUPLEMEN

Saya tahu, ia bukan faktor utama untuk saya kurus. 

SUPLEMEN MEMBANTU MELENGKAPKAN NUTRISI HARIAN, MENJAGA KESIHATAN DAN MEMPERCEPATKAN PROSES PENURUNAN BERAT BADAN SAYA.  


APA SUPLEMEN YANG SAYA AMBIL?

Saya menggunakan produk SHAKLEE kerana saya yakin ia adalah jenama suplemen yang telah terbukti SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI sejak 60 TAHUN lalu, dan semestinya HALAL. 


Saya menggunakan suplemen yang menekan 4 konsep iaitu:- 

1) BAKAR
2) BUANG
3) BINA
4) BERTENAGA


Konsep BAKAR-BINA-BUANG-BERTENAGA yang lengkap untuk menjaga kesihatan dan membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan saya. 

1) BAKAR : MENYINGKIR LEMAK

Kita semua tahu, kita gemuk sebab kita ada banyak lemak. 

Ada dua perkara yang kita perlu buat untuk menghilangkan lemak-lemak ini. 

1) MEMECAHKAN lemak dari makanan yang kita baru makan supaya ia tidak melekat pada salur darah. Jangan biarkan ia meresap ke dalam badan.

2) MEMBAKAR lemak yang sedia ada dalam badan. 

Untuk buat benda ini, kita WAJIB BERSENAM

Jika kita bersenam setiap hari, barulah banyak lemak yang akan dibakar dan disingkirkan dari badan. 

Lepas itu, kita mesti ELAK makan makanan yang BERMINYAK DAN BERGORENG.

Teorinya macam tu lah.

Realitinya.. Anda yakin anda boleh buat senaman setiap hari dan elak makan makanan yang berminyak sepanjang masa?

Sebab itulah saya awal awal lagi angkat tangan surrender. 

Saya tahu saya boleh bersenam. Tapi saya tak yakin saya boleh konsisten bersenam setiap hari. 

Say tak yakin saya boleh kawal pemakanan saya secara konsisten setiap hari. Adakalanya, mesti saya terbabas.

Sebab itulah saya ambil suplemen OMEGAGUARD dan LECITHIN.


LECITHIN dan OMEGAGUARD membantu memecah dan menyingkirkan lemak dalam badan kita.

Lecithin memecah dan menyebabkan lemak terapung dalam darah dan mencegah lemak dari melekat pada dinding membran. Ia akan memudahkan lemak ini disingkirkan.


Omegaguard pula diperbuat dari minyak ikan tulen. Ia berperanan menyingkirkan lemak dalam badan dengan lebih berkesan. 

Selain itu, suplemen ini membantu menjaga kadar KOLESTEROL dalam badan dan menjaga KESIHATAN JANTUNG. 


2) BUANG (DETOKS) : MEMBERSIH TOKSIN DALAM BADAN

Saya sedar, kalau nak kurus saya mesti bersihkan toksin dari USUS dan DARAH saya dahulu. 

Kalau usus saya kotor dan 'darah' saya bertoksin disebabkan gaya pemakanan saya sebelum ini, saya akan lambat kurus nanti walaupun dah jaga pemakanan.


Cuba bezakan, usus yang kotor dan usus yang bersih.

Cuba anda bayangkan, apa akan jadi kalau longkang di tepi rumah kita tak dicuci? Mestilah ia akan berbau busuk.

Itulah yang terjadi dalam usus kita yang kotor. 

Sejujurnya, kebanyakan usus kita tidak pernah dicuci. Ia berkeladak dan sangat kotor. 

Kesannya, apabila kita makan makanan yang sihat, nutrisi tidak akan boleh diserap ke dalam usus kecil dan seterusnya tidak sampai ke seluruh tubuh badan kita. 

Apatah jika kita ada masalah sembelit yang teruk. Memang banyak toksin yang tertinggal dalam usus. 

Kesannya, semua nutrisi apa yang kita makan tidak diserap dan akan terus dibuang melalui najis.

Rugi tak? Kita dah makan makanan yang berkhasiat, tapi segala vitamin dan zat mineral terkeluar dari badan. 

Bila usus dah bersih, barulah semua nutrisi ini memberi kesan positif kepada tubuh badan kita. 

Macam mana nak detoks ini secara semulajadi?


Anda boleh ambil banyak makanan jenis ini untuk detoks secara natural. 


Anda juga boleh potong buah buahan ini menjadi kecil dan rendam semalaman sebelum minum esok pagi.


Atau blend dengan air dan minum macam ni.

TEORI nya, inilah cara yang anda boleh gunakan untuk detoks secara natural.

Tapi... Disebabkan kesibukan anda terutama yang bekerja, saya pasti, anda tak akan mampu buat macam ni setiap hari lebih dari seminggu. 

Lepas itu, anda akan give up sebab proses penyediaan yang renyah dan memakan masa. 

Anda faham kan maksud saya ini?

Anda tak akan mampu sediakan minuman sebegini untuk anda buat air detoks natural setiap hari melainkan ada pembantu yang sediakan untuk anda.

Untuk memudahkan proses detoks, saya ambil suplemen ini:-


Saya ambil HERBLAX untuk detoks usus dan ALFAFA untuk detoks darah.


3) BINA : SEL DAN OTOT

Dalam badan kita, kita ada OTOT (muscle) dan juga LEMAK (fat). 

Kalau lemak banyak kita akan gemuk. 

Kalau otot banyak badan kita jadi firm, metabolisme badan akan meningkat dan lebih banyak kalori akan terbakar secara automatik dalam badan kita.

So.. Matlamat kita mudah. 

Macam mana kita nak banyakkan otot dalam badan?



Cara Pertama : Ambil banyak makanan yang bersumberkan PROTEIN seperti ayam, daging, ikan, telur, susu, kacang. Masalahnya, kebanyakan sumber protein ini adalah TINGGI KOLESTEROL. 



Cara Kedua : Buat SENAMAN PEMBERAT yang banyak menggunakan kekuatan seperti angkat berat, dumbell, bar bell dan senaman di gym. Masalahnya tak semua orang mampu nak konsisten buat senaman ini setiap hari. 

Ini teorinya.

Kalau anda kurus tapi anda TAK BINA OTOT semasa tempoh turunkan berat badan, akan ada 2 kesan :

1) Metabolisme jadi rendah. So, nanti BERAT BADAN MUDAH NAIK BALIK dengan cepat. 

Anda pernah tengok orang yang diet dan senaman gila-gila, turun berat 5kg, tapi lepas dia tak jaga makan dan tak bersenam, berat dia naik 10kg. Anda pernah tengok?

Ha.. Inilah kesnya bila turun berat tapi tak bina otot.

2) Bila kurus, badan akan jadi MENGGELEBER dan muka nampak CENGKUNG

Kesannya, orang akan nampak anda macam KURUS + SAKIT, dan badan langsung tak firm.

Anda nak ke jadi kurus dan nampak sakit?

Memang tak lah kan..

Ingat tak pesanan Coach saya di awal tadi. 

"Matlamat kita adalah nak sihat. Kalau kita sihat, nanti kita terpaksa kurus".

Jadi untuk bina otot, saya ambil suplemen ini :


ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) dan CINCH SHAKE yang mempunyai kandungan PROTEIN TANPA KOLESTEROL. Ia membantu membina sel dan otot dalam badan kita semasa menurunakan berat badan.


Semasa kita berdiet dan bersenam, otot kita juga akan terbakar. Jadi, ESP dan CINCH SHAKE merupakan SUMBER PROTEIN akan menghalang kehilangan otot, membina otot seterusnya meningkatkan metabolisme badan kita.

Maka, ia dapat mengelak kita dari kesan berat seperti yo-yo.

Hasilnya, kita akan jadi KURUS + FIRM

Malah ramai peserta NECK beri feedback yang KULIT SEMAKIN CANTIK dan jadi AWET MUDA, sebab sel-sel kulit dan otot badan lebih sihat. 

Jangan risau, ESP dan CINCH SHAKE ini rendah Glisemic Index (GI), jadi sangat sesuai untuk pesakit DIABETES juga. 

4) BERTENAGA : SIHAT DAN CERGAS!

Untuk berjaya turunkan berat dengan cepat, kita masih perlu amalkan senaman sebagai gaya hidup sihat. 

Berdasarkan pengalaman kami, ramai orang yang obes, mereka sering rasa LETIH dan KURANG BERTENAGA. Saya pun dulu macam tu juga. 

Kalau dah penat kerja, memang rasa nak tidur jer lah lepas tu. Nak bersenam memang rasa malas. 

Jadi untuk mengatasi masalah ini, kita perlukan suplemen yang membantu membekalkan tenaga dengan cepat setiap hari. 


VITA-LEA MULTIVITAMIN dan CINCH TEA sebagai suplemen yang membantu bekalkan tenaga dengan cepat. Barulah rasa segar sentiasa dan mudah nak bersenam kan. So dah takde alasan yer untuk tak larat nak bersenam.  

CINCH TEA juga sesuai menggantikan kopi dan teh yang biasa kita minum setiap hari.


KONSEP BAKAR - BUANG - BINA - BERTENAGA


Kesimpulannya, kalau anda fahami semula, untuk turunkan berat badan kita perlu melalui proses ini. 

Bersihkan usus, keluarkan toksin dari badan, amalkan pemakanan sihat, bakar dan buang lemak, bina otot, dan pastikan badan cergas bertenaga supaya mampu buat senaman yang sesuai. 

InsyaAllah, jika anda mampu amalkan semua ini, anda akan berjaya mendapat badan yang SLIM + SIHAT + FIT.

Ini lah suplemen yang saya dan ribuan peserta NECK sebelum ini telah amalkan, dan telah TERBUKTI SELAMAT dan BERKESAN. 

Jangan risau, kos suplemen ini adalah MAMPU MILIK, dan ia adalah PELABURAN untuk memelihara KESIHATAN anda yang pasti tidak ternilai mahal harganya. 

Anda TELAH BERSEDIA untuk menyertai NECK? 

Jom baca syarat penyertaan di sini:-




No comments:

Post a Comment